Sunday, April 11, 2010

KETENANGAN SEJATI

Ia hadir apabila dalam hati ada Ilahi
Kerna hanyalah dia yang kekal abadi
Maha hidup dan tidak akan mati
Tatkala apabila diri diuji
Tiada kekecewaan lagi
Disedarkan bahawa ada hikmah yang tersembunyi
samaada ujian yang membawa ke darjat yang tinggi
Mahupun kebaikan yang akan menghiasi
Ganjaran bagi mereka yang tabah menghdapi
Sepertimana apa yang berlaku pada baginda nabi
Di Thaif baginda dihina dan dicaci
Namun dibalas dengan ganjaran yang tiada terperi
Isra' Mi'raj mukjizat yang tiada berlaku sebelum ini

No comments:

Post a Comment