Wednesday, September 15, 2010

CINTA SUCI

Ia hadir di dalam hati
Suatu anugerah dari Maha Pemberi
Sangat indah apabila dimiliki
Bagaikan tiada apa yang mampu menghalangi
Dari jasad ini
Menuju terus kpd yg dikasihi
Inilah rahsia perjuangan baginda nabi
Biar luka diseluruh diri
Kesengseraan menjadi hiasan kehidupan setiap hari
Sehinnga nyawa menjadi taruhan yang tinggi
Asalkan ia membahagiakan yang dicintai
Ia membutakan mata dari cinta duniawi
Menahan godaannya dari menyerap kedalam hati
Ia tenggelam dalam sungai ketenangan yang hakiki
Bersama kedinginan rahmat ilahi
Dibawa arus Zikrullah ke muara CINTA SUCI

CINTA

Sunday, April 11, 2010

KETENANGAN SEJATI

Ia hadir apabila dalam hati ada Ilahi
Kerna hanyalah dia yang kekal abadi
Maha hidup dan tidak akan mati
Tatkala apabila diri diuji
Tiada kekecewaan lagi
Disedarkan bahawa ada hikmah yang tersembunyi
samaada ujian yang membawa ke darjat yang tinggi
Mahupun kebaikan yang akan menghiasi
Ganjaran bagi mereka yang tabah menghdapi
Sepertimana apa yang berlaku pada baginda nabi
Di Thaif baginda dihina dan dicaci
Namun dibalas dengan ganjaran yang tiada terperi
Isra' Mi'raj mukjizat yang tiada berlaku sebelum ini

Sunday, March 7, 2010

TAUBAT

Ia adalah suatu tanda
betapa sedarnya seorang hamba
akan kesilapan dan dosanya
kepada yang maha agung dan maha perkasa
dia tahu bahawa dia lupa
maksud dia dihantar ke dunia
dia mengerti bahawa hidup ini sementara
akhirat itu yang kekal selamanya
cuma amalan yang menjadi teman setia
dan kelalaiannya pula
akan mengheretnya ke neraka
taubatlah yang menyucikan segalanya

taubat

Monday, February 22, 2010

KESUNGGUHAN

RAHSIA DAN TANGGA SEBUAH KEJAYAAN
SIFAT YANG PERLU MENJADI TEMAN
IA ADALAH BUNGA KPD BENIH KEIKHLASAN
TATKALA IA SUDAH BERSEMADI PD INSAN
TAKKAN BERUNDUR HINGGA MENEMPA KEGEMILANGAN
HANYA MAUT YANG MAMPU MEMISAHKAN
KERNA DUNIA BKN MENJADI IMPIAN
NAMUN ADA YANG LEBIH DIINGINKAN
ITULAH SYURGA YANG MENJADI TARUHAN
IAITU JANJI TUHAN
UNTUK MEREKA YANG BENAR BENAR IHSAN