Wednesday, September 23, 2009

INDAHNYA SYAWAL

Beatapa indahnya syawal yg mendatang
Tetapi mungkinkah Ramadhan akan berulang
kerna maut datang tanpa diundang
sedarlah insan bahawa amat malang
jika pada ramadhan amalannya kurang
kerna hanyut pada persediaan syawal yang memanjang
sedangkan ramadhan disisi tuhan yang maha penyayang
harganya tiada mampu dibayang
oleh itu hiasilah ramadhan dengan amalan tidak terbilang
agar menjelma ketaqwaan yang meransang
pada hati ia akan bersarang
serta takbir pada idilfitri simbol pada menang
dan syukur pada tuhan kerna diberi peluang

Tuesday, September 8, 2009

KEMATIAN

Kehadiranmu tiada pernah diundang

Memisahkan dr keluarga yang tersayang,dengaran tangisan yang terngiang-ngiang,
penawar luka dihati yang bersarang,
gundah gulana memikirkan nasib yang mendatang,
samaada syurga milik yang Maha Penyayang,
Kerna amal soleh yang memberangsang.
Ataupun neraka bagi mereka yang malang,
lantaran dosa yang memanjang,
tidak kira malam ataupun siang,

Saturday, September 5, 2009

RIBUT DUGAAN

Betapa dasyatnya ribut dugaan,
Menghentam bahtera hati insan,
Tanpa mengenal rasa ehsan,
Sehinnga terlihat retak pada belahan,
Kadangkala hancur dek ombak tangisan,
Kerna tiada daya untuk menahan,
Hanya nakhoda keimanan,
Bersama layar ilmu sebagai panduan,
Menghadapi arus gelombang kehidupan,
Menuju ke pulau syurga impian

RIBUT DUGAAN

Thursday, September 3, 2009

MUTIARA MAGHFIRAH II

tersingkap pandangan pada lautan rahmat,

cuba mencari khazanah yang tersemat,

terlihat didalamnya kilauan yang memikat,

untuk mendapatkannya perlukan tekad,

kerana terlidung oleh deburan pasir dosa yang memekat,

tersembunyi pula didalam cankerang nafsu yangtertutup rapat,

hanya air mata jawapan yang tepat,

mampu kabur dosa yang menyesat,

serta batu keinsafan mampu memahat,

sehingga terlerai tiram nafsu shahwat,

maka tersingkaplah mutiara maghfirah yang tersirat.
MUTIARA MAGHFIRAH
jelmakan kejernihan sungai hati
bersama arus semangat yang tinggi
segala batu dugaan diharungi
sampai ke muara keinsafan diri

Wednesday, September 2, 2009

puisi ramadhan

ramadhan bulan keinsafan
disinilah peluang keemasan
untuk meningkat kilauan
keimanan yg menjadi nadi kehidupan
untuk memburu hidayah tuhan
yang mana nanti akan
menjadi bekalan
serta cahaya petunjuk jalan
menerangi kegelapan